Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Imam Masjid al-Quds di Sidon, Syeikh Maher Hammoud menegaskan bahawa huru-hara yang terjadi di rantau ini adalah fitnah.Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama laman web al-Manar beberapa hari lalu setelah mendapat ancaman bunuh daripada golongan takfiri. Beliau turut memberi amaran tentang bahaya yang sedang mengancam Islam dan umatnya apabila siri pembunuhan sesama Islam dilancarkan oleh golongan takfiri hanya kerana berbeza fahaman.Syeikh Hammoud juga turut menerangkan peranan Hizbullah dalam peperangan di Al-Qushair telah menghalang tercetusnya konspirasi yang lebih dahsyat di rantau itu. Beliau menyuarakan keyakinan terhadap keputusan yang diambil oleh Hizbullah dan memberi jaminan bahawa parti bersenjata itu amat komied dengan perpaduan umat.Dalam masa yang sama, Syeikh Hammoud menjelaskan pandangan beliau mengenai krisis Syria iaitu kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan Syria tidak sepatutnya menjadi alasan campurtangan asing yang mewakili sebelah pihak.Pendakwah ini turut menyentuh tentang prestasi pergerakan Islam di dunia Arab seperti hubungan Republik Islam Iran dan Hamas.Percubaan bunuhApabila ditanya tentang perkembangan terbaru percubaan bunuh terhadap beliau pagi Isnin lalu, Syeikh Hammoud enggan menggulas lebih lanjut kerana kes tersebut masih berada dalam siasatan. Namun beliau menjangka aksi lelaki yang melepaskan tembakan ke arahnya tidak ubah seperti taktik yang digunakan oleh golongan takfiri walaupun identiti mereka masih belum dikenal pasti.Peperangan Al-Qushair mencegah komplot yang lebih dahsyat.
Syeikh Hammoud meyuarakan keyakinan terhadap penuh terhadap keputusan bijaksana pihak Hizbullah sambil menyatakan terdapat alasan strategik yang menyebabkan kumpulan tersebut terlibat dalam pertempuran di Al-Qushair."Kita tahu bahawa isu ini dapat dijelaskan menurut piawai mazhab. Namun Hizbullah sebenarnya tidak berminat menyalakan fitnah mazhab," kata Syeikh Hammoud kepada Al-Manar."Sekiranya peperangan ini boleh mencegah sumbangan rutin untuk Moqawama (perjuangan menentang Zionis), atau menghalang kedatangan golongan takfiri yang membunuh pejuang Moqawama... maka seluruh akibatnya telah dikaji dan dipertimbangkan sebaik-baiknya."Hizbullah benar-benar mengerti hasil peperangan ini. Namun antara bencana dan malapetaka, antara akibat buruk dan lebih parah, maka Hizbullah memilih akibat yang kurang parah," ujar beliau.Ancaman takfiri
Syeikh Hammoud menegaskan bahawa militan takfiri yang berperang bersama-sama pembangkang Syria telah mewakili ancaman terhadap Islam dan umatnya. Sementara itu beliau menyeru umat agar dapat membezakan antara gejala takfiri dan pembunuh saudara seislam."Mereka itu bukanlah berada di sebelah pihak. Terdapat Salafi yang menyokong Moqawama dan sekutunya di Lubnan. Sebaliknya memang ada golongan Salafi yang bijak dan bersetuju untuk berbincang dengan umat Islam yang lain," tutur beliau.Tolak campurtangan asing di Syria
Berkenaan dengan krisis yang dihadapi Syria, Syeikh Hammoud memberi jaminan bahawa apa yang terjadi di Syria hanyalah fitnah semata-mata. Katanya lagi, meskipun kerajaan Syria melakukan kesilapan, ini bukanlah alasan untuk mengundang campur tangan asing."Sebahagian daripada mereka yang menentang kerajaan Syria berada di pihak yang benar. Namun perbuatan mereka yang memohon bantuan Amerika atau Israel untuk menggulingkan rejim tidak dapat dimaafkan, mereka adalah dalang konspirasi."Bayangkan jika rejim Syria ditumbangkan, kemudian golongan takfiri atau Amerika, dan sekutunya memerintah negara itu, apa yang akan terjadi di Lubnan?."Saya rasa malapetaka akan terjadi sekiranya kerajaan Syria ditumbangkan dan inilah yang mereka rancang," tambah Syeikh Hammoud.Bercakap tentang akibat krisis Syria, Syeikh Hammoud berkata bahawa keputusan Amerika ialah kemusnahan Syria."Demi memenuhi impian, mereka terus membekalkan senjata kepada pembangkang," katanya kepada Al-Manar.Sementara itu beliau mengkritik Ikhwanul Muslimin dengan menyatakan bahawa prestasi gerakan ini menunjukkan kegagalan dalam prinsip pendirian politik mereka sendiri.
Sambil menegaskan diri beliau juga amat berpegang dengan doktrin Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin Mesir, beliau berkata bahawa gerakan ini tidak lagi mengamalkan ajaran Imam Al-Banna."Sekiranya mereka setia kepada ajaran Imam Al-Banna, pasti mereka akan mengambil pendirian yang sama seperti saya," kata Syeikh Hammoud sambil menceritakan bahawa kumpulan ini sudah mengundang kuasa Amerika untuk membantu Mesir dan Syria.Hubungan bersama Iran dan Hamas.Sambil memuji Iran, Syeikh Hammoud berkata negara tersebut telah melaksanakan banyak perkara demi bangsanya."Sikap rakyat Iran menunjukkan bahawa mereka mempunyai rancangan yang tidak dapat dilihat lebih rendah dari isu Palestin dan matlamat untuk itu""Mereka menganggap segala rintangan dan kesulitan adalah suatu yang mudah demi mencapai matlamat mereka," jelas beliau.Sementara itu Syeikh Hammoud menyatakan hubungan gerakan Palestin dan Hamas adalah baik. Beliau memuji gerakan tersebut yang berjaya menyembunyikan perselisihan dalamannya.Katanya lagi mereka yang memimpin Moqawama bersama Hamas sentiasa komited dengan pilihan pejuang dan hubungan bersama Hizbullah dan Iran.
12 Jun 2013 - 19:30
News ID: 429428